Majlis Pernikahan Mimi dan Sam
27 Januari 2007
Kampung Pandan
Majlis pernikahan yang berlangsung di kampung pandan ini sederhana tapi meriah. Riuh rendah dek gurau senda saudara mara. Semuanye kerabat negeri sembilan... pada mulanya agak kekok jugak nak ikut slanga mereka ni.. lama kelamaan seronok pulak dengar. Mimi merupakan anak bongsu dalam keluarga, jadi majlis pernikahan ini dihadiri oleh semua sanak saudara yang tak mahu melepaskan saat yang menggembirakan ini. Lagipun, terlalu lama mereka semua (dan pengantin sendiri) menunggu saat ni... 37 tahun tu.. lama siuttt.... Alhamdulillah.. akhirnya, dengan kehendak Illahi, mimi ditemukan dengan sam... macamana ia berlaku.... BIARLAH RAHSIA.. ahakss... tu la yang pengantin jawab.... apa-apa pun.. semoga bahagia & kekal ke akhir hayat.......... Majlis Persandingan berlangsung pada 28 Januari di Balai Budaya Tun Syed Nasir DBP...